Sunday 16 October 2011

Bagaimana melakukan Sujud Sahwi?

ADA KALANYA orang yang mendirikan solat terlupa lantaran meninggalkan:

1) Rukun solat: Contohnya: berdiri, membaca Fatihah, ruku', sujud, duduk diantara dua sujud, membaca tahiyat akhir dan lain2..

2) Sunat ab'adh, seperti membaca doa qunut, atau tahiyat awal

3) Sunat Hai-ah, seperti membaca takbir intiqal (takbir perpindahan)

4) Ragu2 mengenai bilangan rakaat

CARA MELAKUKAN SUJUD SAHWI

1) Selepas selesai membaca tahiyat akhir, sebelum salam, duduknya duduk iftirasy, kemudian sujud seraya membaca:

SUBHANA MALLA YANA MU WALA YAS HU (3X)

[Ertinya: MAHA SUCI TUHAN YANG TIDAK PERNAH TIDUR DAN TIDAK PERNAH LUPA]

2) Kemudian bangkit, duduk seperti duduk antara dua sujud, sambil bertakbir seperti biasa..baca bacaan yang dibaca semasa duduk antara dua sujud…

3) Selepas itu, sujud sekali lagi, dengan membaca seperti tersebut di atas..

4) Bangkit, dan terus duduk tawarruk, lalu memberi salam ke kanan dan ke kiri, seperti biasa..

0 comments:

Post a Comment