Monday 28 May 2012

Jika kita buat baik

IKIM FM dari ustaz dr. hj. zahazan ckp kalo kita buat baik, 5 perkara akan terjadi kepada kite..

1) Muka berseri-seri
2) Murah rezeki
3) Sihat fizikal & mental
4) disukai ramai orang-orang yg baik
5) dpt ketenangan..

kalau salah satu tidak berlaku kat diri kita, maka kita perlu check balik hubungan kita dengan Allah

Pantun Orang Malas Solat

Pantun Orang Malas Solat

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan 10 minit,setiap satu waktu aku tak boleh luang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang…

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang…?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang….

Apasal la aku malas sembahyang
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday 25 May 2012

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh

21 Tips Bagi Yang Sukar Solat Subuh

1. Tidur lebih awal.

2. Bersunguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur

3. Tekad untuk bangun solat subuh

4. Berzikir kepada ALLAH SWT ketika bangun

5. Minta bantuan keluarga atau orang -orang soleh untuk bangun solat

6. Berdoa kepada ALLAH SWT agar diberi taufik untuk bangun solat

7. Mengguna saranan saranan peringatan

8. Memercikkan air di wajah orang yang tidur

9. Tidak tidur sendirian

10. Tidak tidur di tempat yang jauh dari orang lain

11. Keinginan yang kuat untuk bangun dan jangan bangun secara bertahap

12. Jangan kunci jam loceng terlalu jauh dari dari waktu solat

13. Menyalakan lampu di saat bangun

14. Tidak berjaga malam terlalu lama

15. Tidak memberbanyakkan makan sebelum tidur

16. Jangan salah menerapkan sunah berbaring setelah solat sunat fajar

17. Mengerjakan qimaymul lail di waktu terakhir sebelum subuh

18. Mengikut pentunjuk Nabi Muhammad SAW dalam cara berbaring saat tidur

19. Tidur di siang hari ( Qailulah)

20. Jangan tidur sesudah asar dan sesudah maghrib

21. Ikhlas kerana ALLAH SWT

Wednesday 23 May 2012

Chat: Islam agamaku.....: Kata2 hikmah

From Group: Islam agamaku.....

** May 21 Mon 20:43 **
M Hashim al qurantin lagiii. : Suatu masa ada seorg badwi dtg kpd sayyidina Ali r.a & bertanya, " Wahai Ali, aku ini byk buat dosa, apa perlu aku berbuat ? ". Jwb sayyidina Ali, "Bertaubatlah ! ". Dgn gembira si badwi itu pun beredar.... Selang beberapa hari dia dtg kembali & bertanya lagi., "Aku berbuat dosa lagi, apa perlu aku buat...? ". Jwb sayyidina, "Bertaubatlah....! ". Badwi itu termenung sebentar, tp sayyidina Ali sgra mmberi isyarat.., memberi semangat kpd nya. Merasa puas dgn jwpn itu, lalu ia beredar. Selepas beberapa minggu si badwi itu tiba2 muncul kmbali mengadap sayyidina Ali. Lalu dia bertanya lg sekali soalan yg sama spt sblmnya. Dgn tenang sayyidina Ali menjwb, jwpn yg sama spt dahulu... Krn tiada jwpn lain yg diberi dia beredar dgn keadaan sedikit kecewa.. Namun blumpun jauh dia beredar dia berpatah balik kpd sayyidina Ali lalu bertanya, "Sampai bila perlu utk aku terbuat dosa...., kemudian taubat lg....?". Lalu sayyidina menjwb, ".....sampai yg putus asa adalah syaitan.., bukan kamu...(!)". Bbrp tahun selepas itu sayyidina Ali terjumpa semula tersebut, & dia dah pun menjadi tabiin yg sgt soleh.... Kita bagaimana ?
** May 21 Mon 20:45 **
M Hashim al qurantin lagiii. : Ittibarnya; jgn putus asa dgn dosa yg lalu. Berdikit2 lah, Allah ttp menilai....
** May 22 Tue 20:14 **
Mohd Fauzi Sulaiman @ abu abdillah -UTARA-KExIM: BAGAIMANA HENDAK BERKASIH SAYANG KALAU LIDAH TIDAK DIJAGA

BAGAIMANALAH hendak berlaku hidup kasih sayang, bahagia dan harmoni?!

Lidah tidak dijaga, ia bercakap sesuka hatinya sahaja

Banyak hati-hati yang cacat

Kalau ada yang bersalah tidak ada

yang hendak meminta maaf

Yang tidak bersalah tidak ada yang hendak

memberi maaf bahkan berdendam pula

Kalau ada gejala-gejala masyarakat yang tidak sihat

Masing-masing menuding jari,

mencari kesalahan orang

Untuk menutup kesalahannya sendiri,

maka dikutuknya yang dikambing-hitamkan

Maka orang yang tidak bersalah pun terzalim

dan teraniaya

Orang yang bernasib baik sombong,

tidak mahu merendah diri

Yang tidak bernasib baik hasad dengki

Budaya bertimbang rasa, bertolak ansur,

berlapang dada sudah mati

Yang senang, senang sendiri

Yang susah dan menderita terbiar

tidak ada siapa ambil peduli

Mencari nama, glamour, kekayaan menjadi budaya

Hidup nafsi-nafsi, jaga diri sendiri

Padahal apabila kasih sayang hilang,

harmoni tiada

Semua golongan hilang bahagia

Setiap orang menderita dan sengsara

Di waktu itu hendak berjumpa orang

macam hendak bertemu ular, harimau dan singa

Tidak bertemu orang manusia tidak mungkin

hidup keseorangan

Apabila bertemu orang aduh,

takut dan bimbang sahaja

Masing-masing prejudis satu sama lain

Bersangka jahat sesama sendiri

Aduh, bertemu pun seksa,

tidak bertemu pun seksa

Selepas Asar

14 - 07 - 2000
** May 22 Tue 21:24 **
Harun Taat 0797674562: Terima kasih ats kiriman
** May 23 Wed 00:12 **
M Hashim al qurantin lagiii. : "Sesungguhnya org mukmin itu dgn suasana kebaikan bagaikn ikan di air(terhibur & seronok), ttpi dgn suasana penuh dosa-maksiat bagai kn burung di dlm sangkar(hatinya rimas)"
** May 23 Wed 00:43 **
Airul Azhar: (y)
** May 23 Wed 01:55 **
Harun Taat 0797674562: (y)
** May 23 Wed 07:21 **
M Hashim al qurantin lagiii. : Seorg hukama ada berkata, "Hiasi lah dirimu dgn akhlak terpuji, amal yg ikhlas, keyakinan(tauhid) yg benar nescaya rohmu sihat, rohanimu indah bercahaya. Kecantikan zahir tidak bernilai apa2 jika rohmu sakit..... Barangkali hanya umpama bangkai bernyawa di SISI Tuhan....." 3-|
** May 23 Wed 21:06 **
M Hashim al qurantin lagiii. : Hukama JG ada brkata,"Roh seseorg itu, jika sihat pasti cerialah hidupnya, hilanglah suramnya, jernihlah wajahnya, mudalah hatinya sekalipun dah tua umurnya." :)
** May 23 Wed 21:16 **
M Hashim al qurantin lagiii. : Sebaliknya, "Org sakit rohnya, pasti resah-gelisah hidupnya, byk muramnya, tawar tawa nya, byk ubannya, tua wajahnya, kelat (sekali)senyumannya dan menderita dgn derita yang tidak ada hujungnya....":]x
** May 23 Wed 21:33 **
M Hashim al qurantin lagiii. : Org yg derita jiwa, rumah yg besar, isteri yg cantik, hidup yg mewah, pangkat yg besar, kawan yg ramai (sekalipun) pasti tak bahagia, kerana ubat jiwa ialah hati yg tenang. Sdgkn......, "(Hanya) Dgn mengingati Allah, hati akan tenang..."-maksud al quran. Sbb itulah org kaya, artist2, ternama, berkerjaya jd pemabuk, penagih, bunuh membunuh(malah ramai yg bunuh diri) ! Jarang sekali kita dgr ustaz2, lebai2, Imam2, bilal2 kecewa hati smpai bunuh diri, ambil dadah & jd pemabuk.....
** May 23 Wed 21:34 **
M Hashim al qurantin lagiii. : Krn makin dekat kita dgn dosa, bertambah derita hati nurani(fitrah)...=]min
** May 24 Thu 02:40 **
M Hashim al qurantin lagiii. : Tentang cinta : Berkata hukama lagi, "Cintakan ilmu, ilmu akan 'menjaga' kita, cintakan harta penyebab kurangnya rehat (krn tiada hujung cukupnya), dah ada harta kena menjaganya pula...."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday 22 May 2012

Khalifah

Satu ketika dulu, sorg khalifah mmanggil sorg ulama. Lalu dia menawarkan syeikh itu 1 jwtn yg besar di istana. Beliau juga hndak diberi tmpt tinggal di istana, dgn brbgai keistimewaan.... Berlaku lah dialog .... "Wahai khalifah, bleh daku brtanya,...... mcm kalau satu masa nnti saya tiba2 ada skandal dgn gundik tuan ?" , "....apakah saya akan tuan hukum ?". Maka marah bukan kepalang sang khalifah...., "Celaka engkau , gundik aku berani kau nak usik...!". "....kau akan dihukum dgn berat, anugrah yg diberi ditarik balik.....!". Lalu syeikh itu mnjawb, "Kalau mcm tu, mcm mana aku akan berpindah dari 'rmh Tuhanku', yg andainya aku dah brsalahpun, aku akan sentiasa diberi peluang utk bertaubat....,.. kmudian hendak brpindah ke 'rumahmu', yg mana aku blumpun brsalah tp dah hendak dihukum dgn berat .....". "Maaf, permintaanmu aku tolak wahai khalifah...."
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday 17 May 2012

10 pesanan Imam Syafie

10 pesanan Imam Syafie untuk renungan kita bersama :

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan... dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada'kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara', bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada' ALLAH s.w.t., sabar menerima bala' dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.

Wednesday 2 May 2012

Pagi dan petang

Rasulullah SAW menjelaskan bahwa pada akhir zaman adalah amat sukar untuk menemukan orang yang benar-benar istiqomah pada jalan Allah. Yang ada ialah orang-orang yang di pagi hari masih beriman kemudian di waktu petang ia menjadi kafir. Demikian pula ada yang di waktu petang beriman namun keesokan hari di waktu pagi ia telah menjadi kafir semula. Hal ini adalah seperti sabda Rasulullah SAW:

Nabi SAW bersabda: "Bersegeralah beramal sebelum datangnya rangkaian fitnah seperti seperti malam yang gelap gulita, seorang laki-laki di waktu pagi menjadi mukmin dan di waktu petange telah kafir, dan di waktu petang beriman dan pagi menjadi kafir, ia menjual agamanya dengan kesenangan dunia." (hadis riwayat Ahmad)

Sikap tidak istiqomah kata Nabi SAW disebabkan umat Islam pada masa itu lebih mengutamakan kepentingan atau kemaslahatan dunia daripada memelihara keutuhan dien-nya (agama) atau imannya. Orang seperti ini telah tenggelam ke dalam fahaman keduniaaan atau ideologi materialisme.

Kesimpulan daripada hadis ini membawa maksud seseorang yang telah mengucapkan dua kalimat syahadat atau mengaku muslim mestilah sentiasa bersikap sangat waspada ketika ia menjalani kehidupan yang penuh dengan fitnah di akhir zaman. Ia harus memahami bahwa bentuk pelanggaran terhadap Allah akan menyebabkan dua akibat yang sangat besar. Pertama, seseorang melakukan dosa, namun di sisi Allah, dosanya itu tidak menyebabkan dirinya keluar dari Islam. Artinya Allah masih tetap mengakui keislamannya. Ia masih tetap dipandang sebagai seorang muslim atau seorang yang beriman meskipun banyak dosa yang dilakuknnya.

Namun yang kedua, ada pula jenis dosa yang tidak saja pelakunya dipandang telah bermaksiat kepada Allah, bahkan mengakibatkan pelakunya tidak lagi dipandang seorang yang beriman di sisi Allah. Artinya, perbuatan dosa yang dilakukannya telah membatalkan imannya. Allah menilai pelaku dosa tersebut telah keluar dari Islam atau telah menjadi kafir.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.