Menurut bahasa Syirik bererti menyekutukan atau menyarikatkan.
Menurut istilah syarak, syirik bermaksud menyekutukan Allah S.W.T dengan sesuatu yg lain.
Para Ulama membahagikan syirik depada 2 ketogori iaitu syirik akbar dan syirik asghar.
Syirik akbar (besar) ialah menyekutukan Allah secara terang-terangan sama ada dgn
perkataan atau perbuatan seperti menyembah sesuatu selain Allah dan menyamakan kuasa Allah dengan makhluk.
Seperti firmannya di dalam Surah Al-KAHFI ayat 110 yang bermaksud:
"Barang siapa mengharapkan menemui Tuhannya hendaklah
ia beramal soleh dan janganlah ia mempersekutukan Allah dengan sesuatu apapun".
Syirik asghar (kecil) ialah menyekutukan Allah secara tidak langsung seperti bersumpah selain Allah
seperti atas nama wali, ulama, pembesar, nenek moyang dan sebagainya serta melakukan riak.
Sesungguhnya mengamalkan syirik adalah suatu dosa besar yg tidak diampuni Allah dan mendapat azab pedih dari
Allah S.W.T di akhirat nanti.
Firman Allah dalam surah An-NISA ayat 48 yg bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak mengampuni jika Dia disekutukan dgn
selainNya dan Dia akan mengapuni (dosa) yg kurang dari itu bagi siapa yg dikehendakiNya.
Barang siapa mempersekutukan Allah dan sesungguhnya dia telah memperbuat dosa yg besar".
Didalam Firman yg lain Allah juga menyebut iaitu dari Surah LUQMAN ayat 13 yg bermaksud:
"Hai anaku! Janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan
Allah adalah suatu kezaliman yg besar".
2. Meninggalkan Solat
Meninggalkan Solat fardu lima waktu boleh menyebabkan runtuhnya tiang agama,
membatalkan iman dan hak sesama Islam.Kata al-Qaffal "Meninggalkan solat bererti memberi mudarat kepada seluruh kaum
Muslimin, kerana orang bersolat iu memohon ampun untuk diri dan orang-orang mukmin".
Apabila seseorang Muslim meningglkan solat fardu, bererti dia telah melengahkan hak Allah,
hak rasul, hak dirinya dan hak seluruh umat Islam.Justuru itu amat besarlah
dosanya atau maksiatnya ke atas orang yg meniggalkan solat
Perbuatan meninggalkan solat membawa kepada tertolaknya atau terbatalnya segala amal
yg lain kerana solat itu imadul Islam, tiang Islam.Ibadah-ibadah lain seperti puasa,
zakat dan menunaikan haji diterima bergantung kepada diterimanya solat.
Apabila solat ditolak bererti semuany ditolak.
Allah berfiman didalam surah MARYAM ayat 59 yg bermaksud:
"Maka datanglah sesudah pengganti yg mensia-siakan
solat dan menurut hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kejahatan".
FirmanNya lagi dalam surah AL-MA'UN ayat 4-5 yg bermaksud:
"Maka celakalah orang-orang mengerjakan solat,
iaitu orang-orang yang melalaikan solatnya".
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barang siapa meningglkan solat dengan sengaja maka
dia tidak ada jaminan baginya dari Allah".
(H.R BAIHAQI DAN IBNU MAJAH)
Imam Ahmad dan Ishak berpendapat bahawa orang yg meninggalkan solat
hukumnya kafir dan boleh dibunuh selaku orang kafir. Rasulullah s.a.w bersabda:
"Perbezaan antara hamba (beriman dan kafir) ialah meninggalkan solat".
(H.R MUSLIM)
Didalam hadis lain Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
"Amal seseorang hamba yg pertama akan dihisab kelak ialah solat,
maka jika solatnya rosak maka amal lainnya akan rosak".
3 Meninggalkan Puasa Ramadan
4 Enggan Mengeluarkan Zakat
5 Enggan Menunaikan Haji
6 Riddah (Murtad)
7 Kufur Terhadap Allah
8 Mengingkari Takdir Allah
9 Beramal Selain Mencapai Keredaan Allah
10 Mentaati Selain Pernitah Allah dan Rasul
11 Tawakal Selain Allah
12 Memperhambakan Manusia
13 Berpaling dan Peringatan Al-Quran
14 Mengkhianati Amanah Allah dan Rasul
15 Menyembunyikan kebenaram Ayat Allah S.W.T Kerana Takut Kepada Ancaman Manusia
16 Mengubah dan Menayalahgunakan Ayat-ayat Allah S.W.T
17 Memecahbelahkan Perpaduan Kaum Muslimin
18 Mempermainkan Kesucian Agama
19 Menghukum dengan Hukum Manusia dan Menolak Hukum Allah (Hudud)
20 Menghalalkan yang Haram dan Mengharamkan yang dihalalkan Allah S.W.T
21 Mengajak Umat Islam Meninggalkan Jihad di Jalan Allah
22 Mengkafirkan Sesama Muslim
23 Cinta Kepada Kehidupan Dunia Melebihi Cinta kepada Allah atau Akhirat
24 Mengamalkan Cara Hidup Orang Kafir
25 Berpegang Teguh kepada Adat Resam Nenek Moyang yang Berlawan dengan Syariat Islam
26 Munafik (Nifak)
27 Beramal dengan Riak
28 Gemar Mengamalkan Perkara Bidaah
29 Membuat peraturan atau Undang-undang yang Berlawan dengan Petunjuk Allah dan RasulNya
30 Tidak Beradab Terhadap Rasullulah s.a.w
31 Menghina Sahabat Rasullah
32 Mengangkat Orang Kafir Menjadi Pemimpin
33 Menolong Orang Kafir Mengintip Rahsia Orang-orang Beriman
34 Memberi Amanah atau Kepercayaan kepada orang Kafir untuk Kepentingan Umat Islam
35 Memohon Keampunan Dosa bagi Orang Kafir
36 Taksub kepada Ulama dalam Perkara Maksiat
37 Mempercayai Tukan Tenung
38 Mengamalkan dan Mempercayai Sihir
39 Mempercayai Kuasa Azimat
40 Bersumpah dengan Selain Nama Allah
0 comments:
Post a Comment