Tuesday 27 December 2011

Apa itu Neraka Jahanam

Neraka Jahanam merupakan neraka yang memiliki siksaan terdahsyat berbanding neraka-neraka lain yang disediakan oleh Allah SWT kepada golongan yang derhaka kepadanya. Neraka ini dijaga oleh Malaikat Malik dan memiliki sembilan belas malaikat penyeksa, salah satu daripadanya adalah malaikat Zabaniah.

Kata Jahanam berakar dari susunan tiga huruf Jim, Ha, Mim, mengandungi banyak maksud, diantaranya 'penampilan jahat' atau 'berwajah murung', 'kegelapan', 'bahagian tergelap dari malam', dan 'awan yang berair'. Jika kesemua maksud tersebut dijadikan satu, maka akan menjadi 'Jahanam adalah tempat yang teramat menyeramkan dan gelap gelita kerana Jahanam memiliki penampakan yang dapat menciutkan nyali dan tidak memiliki air.

Ketika Allah SWT berfirman dalam al-Quran tentang orang-orang ateis (tidak mempercayai kewujudan tuhan), 'fahasbahu jahanam' yang bermaksud 'ketika jahanam cukup untuk mereka', yang bermaksud inilah tempat yang sesuai untuk mereka, iaitu sebuah tempat yang tidak mempunyai air, menakutkan, seram dan terdapat seksaan yang akan menghancurkan kesombongan mereka.

Dari keterangan beberapa hadis, Neraka Jahanam itu adalah hitam gelap dan pekat, tidak mempunyai cahaya dan tidak pula neraka itu menyala/terang.

'Api kamu ini hanyalah satu bahagian dari tujuh puluh bahagian api neraka jahanam'. Para sahabat mengatakan 'Yang ini pun sudah cukup berat panasnya'. Nabi berkata lagi, 'bahkan, api neraka itu melebihi sebanyak enam puluh sembilan kali panasnya api yang ada di dunia. Api neraka jahanam telah dinyalahkan seribu tahun sehingga menjadi merah. Kemudian, dibakar lagi selama seribu tahun sehingga menjadi putih. Kemudian, dibakar lagi selama seribu tahun sehingga menjadi legam, seperti malam yang gelap gelita'.-Hadis Riwayat: Tarmizi.

Semoga kita dapat mengambil iktibar daripada pengajaran ini, sesungguhnya tidak ada seorang pun makhluk yang boleh dan mampu menahan kepedihan seksaan apai neraka jahanam apalagi untuk duduk di tempat tersebut pada jangka masa yang panjang. Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada termasuk golongan yang akan dimasukkan ke dalam

0 comments:

Post a Comment