Saturday 12 November 2011

Tujuh Golongan Istimewa Di Padang Mahsyar

Rasulullah s.a.w bersabda: Tujuh golongan akan berada dibawah naungan rahmat Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naunganNya.

1. Raja yang adil.
2. Pemuda yang menghabiskan masa mudanya dengan beribadat kepada Allah.
3. Seorang lelaki yang hati sanubarinya sentiasa berpaut kepada masjid.
... 4. Dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah.
5. Seorang lelaki yang diajak oleh wanita bangsawan dan cantik kepadanya namun dia berkata: Aku takutkan Allah.
6. Seorang lelaki yang membelanjakan hartanya secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.
7. Seorang lelaki yang berzikir kepada Allah dengan bersunyi diri sehingga mengalirkan air mata.

(H.R. Bukhari)

0 comments:

Post a Comment