Thursday, 23 February 2012

Rasulullah saw berwasiat kepada Ali bin Abi Thalib

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, "Rasulullah saw berwasiat kepadaku dengan sabda Baginda":


"Ya Ali!
Tidak ada kefakiran yang lebih hebat daripada kebodohan.
Tidak ada harta yang lebih berharga daripada aqal.
Tidak ada kesepian yang lebih sunyi daripada ujub (rasa kagum pada diri sendiri). Tidak ada kekuatan yang lebih hebat daripada musyawarah.
Tidak ada wara' yang lebih baik daripada menahan diri.
Tidak ada keindahan selain akhlak dan tidak ada ibadah yang melebihi tafakur."


"Ya Ali!
Segala sesuatu itu ada penyakitnya.
Penyakit berkata-kata adalah bohong.
Penyakit ilmu adalah lupa.
Penyakit ibadah adalah riak.
Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri.
Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian.
Penyakit bangsawan adalah merasa bangga.
Penyakit malu adalah lemah.
Penyakit mulia adalah menonjolkan diri.
Penyakit kaya adalah kikir dan berlebih-lebihan, dan
Penyakit agama adalah hawa nafsu."


"Ya Ali!
Perbanyakkanlah membaca Surah Yassin, kerana dalam membacanya itu terdapat sepuluh macam keberkatan.
Tidak ada orang yang membacanya waktu lapar atau puasa melainkan kenyang.
Haus kecuali hilang hausnya.
Tidak memiliki pakaian melainkan ia akan memperolehi pakaian.
Merasa takut kecuali datang rasa aman.
Di penjarakan melainkan ia akan keluar dari penjara.
Bujang melainkan ia akan berkahwin.
Sewaktu musafir matanya menjadi terang dalam perjalanan.
Tidak membacanya orang yang kehilangan sesuatu benda melainkan mendapatkannya kembali.
Tidak dibacakan ia ke atas orang yang akan hampir ajalnya melainkan diringankan baginya.
Barangsiapa yang membacanya di waktu subuh nescaya ia akan aman sehingga petang, dan barangsiapa yang membacanya di waktu petang nescaya ia akan berada di dalam keadaan aman sehinggalah waktu pagi."


"Ya Ali! Bacalah Surah Hammim, Ad-Dukhaan pada malam Jumaat, nescaya Tuhan memberikan keampunan kepadamu."

bersambung dalam http://blogtokwan.blogspot.com/2012/02/wasiat-rasulullah-kepada-saidina-ali-ra.html semuga mendapat munafa'at.


Salam Ukhuwah..~

Sunday, 19 February 2012

Rebut 5 perkara sebelum sampai 5 perkara

"Hendaklah kamu merebut (peluang) keuntungan (keemasan) daripada lima perkara (peluang) sebelum kedatangan lima perkara iaitu:

1) Keuntungan semasa hidup engkau sebelum tiba kematian engkau.

2) Keuntungan semasa sihat engkau sebelum tiba kesakitan engkau.

3) Keuntungan di kala kelapangan engkau sebelum datang kesibukan engkau.

4) Keuntungan semasa muda engkau sebelum datang masa tua engkau.

5) Keuntungan semasa kaya engkau sebelum tiba masa kepapaan engkau." (Riwayat Bahaqi dan Al-Hakim)

Saturday, 18 February 2012

Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya

"Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: "Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.

2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.

3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.

4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.

5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.

7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian…

Wednesday, 15 February 2012

Tiup air panas

Nabi Muhammad SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum.. Hendak Tahu Kenapa Baginda melarang?..

Baginda tidak menerangkan kenapa tapi beliau melarang keras hal tersebut,
ternyata....dalam penelitian Sains, air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida (CO2) yg dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2)

Maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3,asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk kedalam tubuh manusia, maka bisa mengakibatkan penyakit jantung.

-Subhanallah,

I
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 9 February 2012

DOSA MENINGGALKAN SOLAT MENGIKUT WAKTU

DOSA MENINGGALKAN SOLAT SETIAP WAKTU

- SUBUH: Dia akan diseksa selama 60 tahun didalam neraka.
- ZUHUR: Dosanya seperti membunuh 1000 jiwa orang Islam.
- ASAR: Dosanya sprti meruntuhkan ka'bah.
- MAGHRIB: Dosanya seperti berzina dengan orang tua sendiri.
- ISYA': Allah tidak redha ia hidup di bumi Allah & di segerakan agar ia mencari tempat lain.

Saturday, 21 January 2012

10 perkara yang Yahudi tak nak Kita Tahu

Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom MK nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Wednesday, 18 January 2012

Sedekah

Bersedekah Membawa Keberkatan Dan Kemuliaan..

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
"Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya".
[Riwayat Muslim]

Huraian :-

1.Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.

2.Keampunan yang diberikan oleh Allah keatas hambanya adalah semata mata sebagai suatu kemuliaan Allah kepadanya.

3.Hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan bersifat tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan darjatnya.

4.Islam menggalakkan umatnya supaya rajin bersedekah. Bagi orang-orang yang kaya hendaklah membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan.

Wallahu alam...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.